Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
Ahli Parlimen Besut, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, ikon muda yang dimaksudkan adalah pemimpin muda yang berada di barisan hadapan untuk menarik lebih ramai generasi Y dan Z mendekati dan menyokong parti.
“UMNO kekurangan ikon muda, generasi ini mahu dengar daripada orang yang sama generasi dengannya, sebab mereka serasi,” katanya ketika pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, Kuala Lumpur, hari ini.
Katanya, susulan jumlah pengundi muda kian bertambah, UMNO tidak boleh memandang ringan isu-isu generasi muda dan parti itu perlu mendampingi mereka bagi mengetahui permasalahan berkenaan.
"Sebagai orang muda harus mempunyai kriteria pemimpin yang dinamik, celik teknologi maklumat dan media sosial serta pandai mengambil hati anak muda," katanya.