PAU 2017: Kurangkan Situasi Pergaduhan Sesama Sendiri - Johari

Johari yang ditemui pada PAU 2017 di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim

Kurangkan situasi pergaduhan sesama sendiri bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional kekal menerajui kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Itulah antara kata-kata oleh Ketua Pemuda Terengganu, Johari Abu Bakar ketika mengulas ucapan dasar oleh Presiden UMNO, Dato' Seri Ahmad Najib Tun Razak semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU 2017) di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.

Johari berkata, ucapan oleh presiden parti tersebut memberi semangat untuk melihat UMNO menang dengan majoriti besar untuk menguasai parlimen selain memastikan Terengganu terus kekal di tangan Barisan Nasional.

Katanya, apa yang penting untuk terus kekalkan kemenangan selain merampas kerusi yang tewas adalah solidariti seperti yang ditekan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib (Tun Abdul Razak).

"Kita berada di landasan yang betul dimana semangat kali ini adalah semangat perjuangan untuk menentang lawan kita pada hari ini tidak lain dan tidak bukan adalah parti pembangkang terdiri daripada Bersatu, DAP dan PAN yang mana orang kata banyak bercakap bohong.

"UMNO ini telah lama mendekati rakyat, dah lama buat cerita kejayaan di mana telah menyediakan kemudahan-kemudahan untuk rakyat bagi memastikan rakyat bersama kita.

"Kerajaan telah menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur untuk rakyat dan juga bantuan-bantuan kepada nelayan, serta pekebun-pekebun kecil. Ini adalah suara daripada rakyat dan kerajaan telah memenuhi kehendak mereka," katanya.

Tambahnya, ucapan tahniah juga kepada kepimpinan tertinggi Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di atas gerak kerja yang telah dan sedang diberikan kepada sayap Pemuda UMNO Negeri Terengganu.

"Antara gerak kerja yang telah kita laksanakan seperti simulasi pilihan raya serta JR Plus.

"Terengganu telah bersiap sedia untuk berperang, lawan pembangkang dan kita akan pastikan menang dengan majoriti besar," katanya.

Tag: