Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
Pendedahan Sejarah Ubah Persepsi Golongan Muda
Wan Sukairi merasmikan program. |
KUALA TERENGGANU- Pendedahan sejarah dalam konteks berbeza dapat menarik golongan muda untuk mengenali golongan sebenar yang berjuang dalam memerdekakan tanah air.
Timbalan Pengarah Pertubuhan Hawa Harmoni Sejahtera Terengganu (Hanees), Zuraida Md Nor berkata, Seminar Asal-usul Negeri Terengganu: Peranan Ulama dan Pejuang diadakan untuk menarik minat anak muda kepada sejarah negara dan negeri terutamanya.
Zuraida Md Nor. |
"Intipati program ini bertujuan mengubah pemikiran anak muda akan kepentingan sejarah dan menanamkan rasa cintakan negara," katanya dalam temubual oleh pemberita dalam program di Muzium Negeri Terengganu, di sini, semalam.
Program berkenaan dianjurkan Hanees dengan kerjasama Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri serta dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa berkenaan, Wan Sukairi Wan Abdullah.
Lutfil Hadi. |
Dalam pada itu, Lutfil Hadi Azmi, 18, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad, teruja mendapat lebih banyak pendedahan tentang sejarah pejuang di Terengganu.
"Seminar ini membuka minda dan memperbaiki persepsi saya bahawa ulama berperanan penting dalam mengetuai gerakan memperjuangkan kemerdekaan.
"Banyak juga pendedahan mengajar dan memberi kesedaran kepada golongan muda supaya tidak mengulangi kesilapan terdahulu dalam menjaga kemerdekaan," katanya.
Wan Aqeela Yasmin. |
Bagi Wan Aqeela Yasmin Wan Ahmad Ridzuan,16, pelajar dari Sekolah Menegah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek pula, banyak mengetahui perkara baru tentang negeri Terengganu.
"Saya mula faham tentang perjuangan ulama dan perana agama dalam menyatupadukan gerakan-gerakan yang berjuang untuk negara ini," katanya.
Seminar ini dibentangkan oleh dekan fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Kamaruzaman Yusoff dan penulis buku 'Ulama Dalam Sorotan Pejuangan Kemerdekaan', Dr. Riduan Mohamad Nor.
Program dihadiri lebih 200 peserta terdiri daripada pelajar, institusi kerajaan dan universiti.