Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
Pengerusi Sekretariat Umum Selami Suasana Di Madrasah Kubang Bujuk
Pengerusi Sekretariat Ulama-Umara (Umum), Pengerusi Yayasan 1 Ummah merangkap Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Dato Jalilani Ngah hari ini meninjau Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Banggol Katong, Alur Limbat, Marang bagi merasai sendiri suasana pembelajaran dan melihat perkembangan pusat pengajian agama itu.
Menurutnya, madsarah itu sudah berjaya melahirkan ramai pelajar dari seluruh negeri yang mampu membuka madrasah sendiri di negeri masing-masing.
“Madrasah ini juga telah melahirkan pelajar yang telah banyak membantu menjayakan sistem pendidikan tahfiz negara. Selain itu, saya turut melihat keadaan dan suasana kelas yang tersedia di sini.
“Saya berasa amat tenang melihat keamanan suasana pembelajaran dalam madrasah ini. Tidak hairanlah jika Madrasah ini merupakan satu pusat madrasah yang disegani oleh masyarakat dan madrasah di negeri lain,"katanya kepada media selepas meninjau pusat tahfiz itu, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (Pinta), Ustaz Roslan Awang Ali dan Setiausaha Pinta, Dato Abdul Hamid Busu.
Jailani berkata, Madrasah Kubang Bujuk itu turut mengamalkan sistem pembelajaran yang baik dan menggunakan modul yang berkesan kepada para pelajar.
Oleh itu, jumlah pelajar yang diterima sentiasa meningkat dan pada tahun ini hampir 450 pelajar mengikuti pengajian di situ.
“Malah, kehadiran saya ini adalah untuk mendapatkan input untuk diusulkan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang kini dalam proses menambah baik dasar pendidikan tahfiz.
"Segala input yang diperolehi ini akan saya bawa kepada pihak kerajaan agar dapat menyalurkan bantuan yang sesuai untuk pembangunan madasah ini,"katanya.
Sementara itu, Setiausaha Pinta, Dato' Abdul Hamid Busu berkata, kedatangan Jailani ke madrasah itu amat sesuai dalam merealisasi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.
“Madrasah Kubang Bujuk ini adalah satu pusat pembelajaran yang unik kerana ia merupakan dunia pendidikan tahfiz yang terawal di Negara kita,”katanya.