lightning-solid
Berita :
Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama PETRONAS, Fokus Manfaat Kepada Syarikat Tempatan
Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama PETRONAS, Fokus Manfaat Kepada Syarikat Tempatan
Rohayati Ripin
04 Jan 26
37

KUALA TERENGGANU, 4 Januari - Kerajaan Negeri Terengganu kekal komited memperkukuh kerjasama strategik bersama PETRONAS dengan memberi penekanan kepada peluang kontrak dan perkhidmatan yang boleh dimanfaatkan secara langsung oleh syarikat anak Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, Joint Working Committee (JWC) dibahagikan kepada tiga segmen utama iaitu kontrak dan perkhidmatan, peluang pelaburan serta pengurusan impak sosial, dengan beberapa keputusan penting dicapai yang berpotensi memberi impak besar kepada pembangunan negeri.

"Antara fokus utama mesyuarat bagi segmen kontrak dan perkhidmatan ialah memastikan syarikat anak Terengganu dapat menerima manfaat secara langsung bagi projek-projek yang ditawarkan oleh PETRONAS. 

"Perkara ini mendapat sambutan yang baik dan kini diberi penelitian agar manfaat tersebut dapat dirasai secara menyeluruh," jelasnya dalam kenyataan hari ini.

FB_IMG_1767532991799.jpg 71.58 KB
Beliau menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bersama  JWC antara Kerajaan Negeri Terengganu dan PETRONAS.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Nara Setia, bersama wakil PETRONAS, Encik Khairuddin, dan membincangkan hala tuju kerjasama strategik yang telah lama terjalin antara kedua-dua pihak.

Mohd Norkhuzaini menegaskan, platform JWC akan terus dimanfaatkan bagi memperkukuh hubungan strategik antara Kerajaan Negeri dan PETRONAS demi memastikan sumbangan yang berimpak tinggi kepada ekonomi negeri serta kesejahteraan rakyat Terengganu.



Tag :

Artikel Berkaitan