Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
KUALA TERENGGANU, 18 September - Pendaftaran Bantuan i-Belia dibuka selama 20 hari, bermula hari ini sehingga 6 Oktober.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah memaklumkan, pendaftaran i-Belia dibuka secara dalam talian melalui dua kategori.
"Kategori pertama ialah untuk belia bujang dan yang kedua adalah belia mahasiswa.
"Kerajaan negeri telah meluluskan lebih RM20 juta dengan jangkaan penerima seramai 135,974 orang.
"Di mana setiap penerima akan menerima RM150 setiap seorang," katanya.
Tambah Wan Sukairi, kerajaan negeri membuka peluang untuk mendaftar kepada semua belia termasuk perantau.
Jelasnya, i-Belia menetapkan pemohon mestilah berumur di antara 18 tahun hingga 39 tahun berdasarkan syarat ditetapkan.
"Antaranya, status pemohon adalah masih bujang pada tarikh permohonan.
"Bagi pemohon yang bekerja, jumlah pendapatan bulanan tidak melebihi RM1,500 sebulan, manakala bagi yang belum bekerja pendapatan isi rumah mestilah tidak melebihi RM2,500.
"Semua permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui sistem i-Bantuan," katanya.
Permohonan boleh dilakukan di https://ibantuan.terengganu.gov.my bagi pemohon dalam negeri Terengganu.
Manakala, bagi perantau perlu membuat permohonan di https://ibantuan.terengganu.gov.my/perantau-belia/
Semua pemohon mestilah rakyat Terengganu dan pengundi berdaftar di negeri Terengganu.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi pusat khidmat DUN tempat mengundi masing-masing.