Persekutuan Disaran Bantu Negeri Perluas Sektor Halal

KUALA TERENGGANU, 24 Oktober- Kerajaan Persekutuan disaran agar lebih proaktif membantu kerajaan negeri dalam melonjakkan sektor halal berikutan kepesatan industri itu kini dianggarkan bernilai sehingga USD  dua trilion di peringkat antarabangsa. 

Ahli Parlimen Kemaman, Dato' Dr. Ir. Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan, saranan itu sejajar dengan peningkatan memberangsangkan bilangan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di Terengganu yang melonjak sebanyak 300 peratus berbanding seramai 74 orang pada tahun 2018.

"Jumlah ini merangkumi pelbagai sektor seperti premis makanan, barang kegunaan, produk makanan dan sebagainya. Bilangan ini juga dijangka akan terus meningkat dari tahun ke tahun.

"Sejajar peningkatan ini, saya mengharapkan pihak kementerian dapat membantu kerajaan negeri melonjakkan lagi sektor halal di negeri ini melalui pembinaan Halal Hub dalam menyokong ekosistem sedia ada," katanya.

Beliau berkata demikian ketika meminta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menyatakan usaha dan kerjasama yang dibuat kerajaan untuk memperluas industri dalam kelangan negara ASEAN di sidang Parlimen, semalam.

Dalam perkara berkenaan, Tengku Zafrul menyatakan bahawa pemain industri hala negara diperkenalkan kepada rakan-rakan perdagangan luar negara melalui penganjuran expo perdagangan seperti Malaysia International Halal Showcase (MIHAS). 

"Beberapa usaha melibatkan kerjasama antara negara ASEAN sedang dilaksanakan bagi tujuan mempromosi produk dan perkhidmatan berkaitan halal seperti ASEAN Working Group on Halal Food (AWGHF), Working Group on Halal Products and Services (WGHAPAS) dan Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-menteri Agama Negara antara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS)," ujarnya.

"


Tag: