Pesara Guru Raih Hasil Tanam Nenas


Kegigihan seorang pesara guru mengusahakan tanaman nenas hampir dua tahun lalu di kawasan tanah berkelompok membuahkan hasil apabila tanamanya itu mula mengeluarkan hasil kira-kira sebulan lepas dan mampu memperolehi pendapatan baik.

Mohd Yaman Mohamad dari Kampung Bukit Tok Hak, Calok, Setiu, mula mengusahakanya tanaman itu pada akhir tahun 2014 di atas tanah milik rakanya di Kampung Bukit Kecil, Setiu.

 "Selepas bersara sebagai guru kira-kira dua tahun lalu, saya mengambil keputusan untuk mengusahakan tanaman nenas ini bagi mengisi masa lapang, selepas seorang rakan menawarkan tanahnya untuk diusahakan.

 "Pada mulanya saya kurang yakin juga dengan usaha ini kerana sebelum ini saya tidak mengusahakanya secara komersil tetapi selepas mencubanya, saya tidak mempunyai banyak masalah kerana nenas yang saya tanam membesar dengan baik sehingga membuahkan hasil sebulan lalu," katanya.

 Menurutnya, dia mula bekerja di  kebun nenasnya kira-kira jam 8 pagi dan akan pulang waktu tengahari pada setiap hari.

"Biasanya saya akan ke kebun pada waktu sahaja dan sekali sekala saya menjengok juga kebun nenas ini pada waktu petang jika ada kerja yang perlu dilakukan Biasanya saya dibantu oleh dua orang anak dan isteri bagi meringakan kerja-kerja," katanya yang menerima bantuan baja dan racun dari kerajaan itu.

Mohd Yaman, 57, berkata, selepas sebulan mengutip hasil tuaianya dia sudah memperolehi pendapatan kasar sekitar RM6,000 dan buah-buah itu akan habis di kutip pada bulan hadapan dan pendapatanya dijangka bertambah.

"Ini adalah tuaian pertama saya, dan pada bulan Januari tahun hadapan, peringkat ke dua nenas pula akan mengeluarkan hasil sebelum tanaman ini dilupus semua untuk tanaman kali ke dua pada tahun hadapan," katanya yang menjual hasil tanamannya itu kepada peniaga di gerai-gerai di tepi jalan sekitar kawasan Langkap dan ada juga yang datang membelinya di kebun.

Tag: