Sidang Kemuncak Antarabangsa Terengganu Kecam Genosid di Palestin
Mariam mengoreng pisang menggunakan dapur kayu |
Tidak hanya dikenali kerana keenakan dan kerangupan pisang gorengnya, kaedah memasak menggunakan dapur kayu turut menambah tarikan pelanggan.
Malah, aroma pisang goreng menggunakan dapur kayu dan digoreng dalam kuali besar sejak 34 tahun lalu suatu keunikan yang sukar ditemui di mana-mana gerai sekali gus menambat selera ramai penggemar kudapan petang itu.
Bagi pasangan suami isteri, Mamat Deraman,72, dan Mariam Mamat,65, cara tradisi perniagaannya itu walaupun dilihat sukar dan ketinggalan zaman, namun menjadi pelaris serta rezeki yang menarik pelanggan ke gerai mereka Jalan Kampung Kuala Pueh,Telemong,Hulu Terengganu.
Mariam Mamat atau lebih dikenali sebagai Mok Ngoh |
Ibu kepada tiga anak dan enam orang cucu itu mampu meraih hasil jualan sehingga RM200 sehari, hasil jualan pisang goreng di warungnya yang beroperasi bermula jam 2.30 petang hingga 7 petang setiap hari, sama ada dibungkus atau menjamu selera di gerainya.
"Setiap hari Mok Ngoh dapat habiskan kira-kira 40 kilogram pisang untuk penuhi permintaan pelanggan. Paling mendapat permintaan adalah pisang nangka, pisang relong dan kelat siam.
"Sebagai tambahan, keropok dan ubi juga di jual bagi tidak menghampakan pelanggan yang mahu pilihan lain. Ramai yang datang sejak anak-anak muda tularkan di laman sosial..kadang-kadang sampai tak terlayan kami dibuatnya,"kata Mak Ngah kepada pemberita ketika ditemui di warungnya, semalam.
Pok Mat membantu isterinya Mok Ngoh mengoreng pisang |
Dia dan suaminya tetap mengekalkan cara tradisi menggoreng pisang menggunakan dapur kayu walaupun bahangnya cukup panas kerana inilah yang menjadi punca pisang goreng menjadi pilihan pelanggan kerana merasa lebih sedap dan rangup.
"Pisang yang digoreng menggunakan dapur kayu, rasanya lain daripada yang digoreng guna dapur gas sebab kurang serap minyak kerana api terhasil lebih panas berbanding penggunaan gas walaupun memakan masa untuk masak. Bahang apinya cukup panas bagi yang tak biasa tapi buat Mok Ngoh...dah kalih(biasa).
"Pisang pula digoreng menggunakan resipi warisan keluarga dengan hanya menggunakan adunan telur,tepung gandum dan beras, air, kapur serta garam.
"Ada yang pernah minta resepi ini tapi berkata tak menjadi sebagaimana yang Mok Ngoh jual..orang kata air tangan takkan sama walaupun menggunakan resepi yang sama,"katanya.
Menurut Mak Ngah lagi,suaminya yang dikenali sebagai Pak Mat banyak membantunya dalam urusan membeli barang keperluan seperti pisang dan kayu api mentah.
Setiap bulan, selain membantu di gerai Pak Mat ,perlu menyediakan 200 kilogram kayu getah yang dibeli dari kampung Tajin dengan harga borong bernilai RM70.
Rohani(tudung merah jambu)sedang menikmati hidangan petang bersama rakannya. |
Seorang pelanggan, Rohani Hussain,46, berkata, hampir setiap minggu dia akan datang menikmati pisang goreng di situ kerana menggemari aroma dan rasanya yang enak berbeza dengan pisang yang digoreng menggunakan dapur gas.
"Biasanya setiap petang, saya akan datang dengan kawan-kawan menikmati hidangan petang di sini..memang sedap dan saya tak boleh nak beritahu bagaimana sedap dan rangup bila di makan...seharusnya cuba sendiri untuk tahu keenakannya,"katanya.