lightning-solid
Berita :
PPNT Uji Kekuatan Bertemu Johor
PPNT Uji Kekuatan Bertemu Johor
Noraini Jusoh
15 jam yang lepas
63


Oleh : Fauzi Md Adam


KUALA TERENGGANU, 2 Mac – Persatuan Pingpong Negeri Terengganu (PPNT) menunjukkan komitmen tinggi apabila tetap meneruskan program latihan dan persiapan atlet walaupun dalam suasana Ramadan.

Sebagai langkah memastikan momentum prestasi tidak terhenti, PPNT dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu mengatur penyertaan skuad negeri ke Johor bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang pasukan SUKMA Johor, baru-baru ini.

PPNT diwakili seramai sembilan atlet lelaki dan sembilan atlet perempuan bersama barisan jurulatih serta pegawai pengurusan menyertai perlawanan tersebut.

Wakil pengurusan PPNT, Ishamudin Mohamed berkata, perlawanan tersebut menjadi medan penting untuk menilai tahap semasa atlet selain memberi pendedahan pertandingan luar negeri dalam suasana kompetitif berbeza.

“Kami mahu pemain bukan sahaja cemerlang di gelanggang sendiri, tetapi berani dan yakin beraksi di luar. Setiap perlawanan adalah ruang pembelajaran serta peluang memperkukuh mental juara,” katanya.

Menurut beliau, gabungan atlet elit dan pelapis yang dihantar dilihat sebagai strategi memperkukuh kesinambungan prestasi jangka panjang, selain menguji keserasian pasukan dalam situasi sebenar perlawanan.

Katanya, walaupun berpuasa latihan tetap diteruskan secara terancang bagi memastikan kecergasan, disiplin dan daya tahan mental atlet berada pada tahap optimum.


Tag :

Artikel Berkaitan