lightning-solid
Berita :
 Projek Pertanian Berimpak Tinggi Jadi Fokus Kerajaan Negeri
Projek Pertanian Berimpak Tinggi Jadi Fokus Kerajaan Negeri
Adli Mohamad
11 Nov 25
289

KUALA TERENGGANU, 11 November - Pelbagai program dan projek berimpkan tinggi Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2024-2030 akan dilaksanakan meliputi pengurusan sumber semula jadi secara mampan, penggunaan teknologi hijau serta penglibatan komuniti tani.

Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi memastikan sektor pertanian kekal produktif, berdaya tahan terhadap perubahan iklim dan mampu menyumbang secara berterusan kepada sekuriti makanan serta pertumbuhan ekonomi negeri.

Ujarnya, langkah itu diambil bagi mestabilkan akses kepada barang makanan kerana itu ditumpukan usaha untuk meningkatkan pengeluarasan hasil pertanian, membangunkan rantaian nilai makanan dan melestarikan pendidikan kepenggunaan.

"GLC (anak syarikat kerajaan negeri) juga akan berperanan dalam melaksanakan projek agromakanan berimpak tinggi antaranya projek 'outgrower' lada hitam, projek agrivolta dan projek penternakan ayam secara bersepadu di Setiu serta pembangunan tanaman tembikai di Ajil," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2026 di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.

Mengulas lebih lanjut, Dr. Ahmad Samsuri berkata Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan bukan sahaja diadakan bagi menghargai warga tani, malah akan dilengkapkan dengan penganjuran Agro Summit.

"(Bertujuan) bagi mempromosikan teknologi serta amalan pertanian baik, merangka strategi pembangunan agro yang mampan dan membuka potensi pelaburan baharu.

"Suatu inisiatif juga akan diteroka bagi menyokong pekedai runcit dalam memperoleh bekalan dan menjual barangan keperluan dengan lebih murah sekali gus dapat mengurangkan kos sara hidup pengguna.

"Di samping itu, bagi mengalakkan masyarakat membeli dan menggunakan produk keluaran peniaga tempatan, kerajaan negeri akan memperhebat Kempen Sokong Perniagaan dan Produk Orang Terengganu (SAPOT)," ujarnya.


Tag :

Artikel Berkaitan