PSMZA Bantu Tambah Keperluan Darah
DUNGUN, 7 Disember - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) terus aktif membantu unit tabung darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menampung keperluan darah.
Jurucakap Unit Komunikasi Korporat PSMZA itu berkata pihaknya bersedia menjadikan Program Derma Darah sebagai program tahunan instituisi berkenaan.
Katanya,apa yang dianjurkan setiap semesta sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan daripada kakitangan, pelajar - pelajar dan komuniti sekitar.
"PSMZA berjasama dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu mengadakan Program Derma Darah bertempat Dewan Dagang PSMZA yang diadakan selama dua hari bermula 6 hingga 7 Disember 2021," katanya ketika dihubungi.
Katanya, HSNZ mensasarkan 300 beg darah selama program dua hari ini.
" Kebiasaannya PSMZA sentiasa melebihi sasaran. PSMZA adalah diiktiraf sebagai penderma aktif dalam kalangan IPTA di Terengganu, " katanya.