Pusat Boling PB Sentral Di Buka Februari Ini

Pusat Boling di Paya Bunga (PB) Sentral Kuala Terengganu bakal dibuka kepada orang awam Februari ini.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ketika ini pembinaan pusat boling 36 lorong itu sudah mencapai peringkat akhir.

"Kita menjangkakan awal Februari ini dapat buka pusat boling kepada orang awam.

"Sekarang ini adalah masa untuk membuat percubaan bagi melihat ada atau tidak dari segi kecacatan dan sebagainya," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja ke Hotel PB Square dan PB sentral, Kuala Terengganu, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata pembinaan Hotel PB Square mengalami sedikit masalah teknikal yang mungkin melewatkan sedikit masa mula operasinya.
"Dijangkakan hotel ini dapat beroperasi sepenuhnya bulan April ini dan kita harapkan segala kesulitan dapat diselesaikan sebelum tempoh tersebut," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau mengharapkan operasi untuk tempahan dan promosi hotel akan mula dibuka kepada orang ramai juga bermula bulan Februari ini.

Tag: