SETIU, 10 Mac - Seramai 30 keluarga asnaf dari tiga kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap menerima sumbangan zakat menerusi program penyampaian bantuan yang diadakan petang semalam.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Azmi Maarof bersama rombongan Terengganu Inc. yang diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Burhanuddin Hilmi bin Mohamed@Harun.
Bantuan zakat berkenaan disalurkan kepada penerima yang terdiri daripada golongan asnaf di Kampung Banggol Setar, Kampung Seri Kenangan dan Kampung Pelong.

Sehubungan itu, katanya, sempena bulan Ramadan, pihaknya turun padang untuk mengagihkan semula sebahagian manfaat yang diperoleh kepada rakyat yang memerlukan.

Beliau turut berharap agar bantuan yang disalurkan dapat membantu meringankan beban para penerima, khususnya dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Program berkenaan mencerminkan komitmen anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu dalam membantu golongan yang memerlukan serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Tag :