Berita :
Ramadan Bawa Sinar Buat 200 Asnaf, Ibu Tunggal
Ramadan Bawa Sinar Buat 200 Asnaf, Ibu Tunggal
Ahmad Zaeem Zainudin
1 jam yang lepas
42

KUALA TERENGGANU, 11 Mac - Ramadan tahun ini menjadi detik yang bermakna bagi golongan asnaf dan ibu tunggal di daerah Setiu apabila kehadiran mereka dihargai melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad (TDM) yang telah dijalankan. 

Dengan peruntukan sebanyak RM20,000, ratusan penerima daripada golongan itu menerima sumbangan sebagai tanda keprihatinan syarikat tersebut terhadap kesejahteraan komuniti setempat.

Program yang berlangsung di Masjid Bandar Permaisuri, Setiu itu melibatkan penerima daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Langkap, Jabi dan Batu Rakit.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM, Najman Kamaruddin berkata, penganjuran program kebajikan itu mencerminkan komitmen syarikat dalam menyokong pembangunan masyarakat secara inklusif dan mampan.

"Bulan Ramadan merupakan waktu yang amat bermakna untuk kita memperkukuh nilai empati, keprihatinan dan semangat berkongsi dengan golongan yang memerlukan. 

"Melalui program seperti ini, TDM berharap dapat meringankan beban kepada para penerima serta memperkukuh hubungan antara syarikat dan komuniti setempat," katanya dalam satu kenyataan. 

Turut hadir, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir, Ketua Pegawai Eksekutif TDM Plantation Sdn Bhd, Hamdan Ibrahim serta Penolong Pegawai MAIDAM Daerah Besut, Tuan Azri Tuan Ahmad

Menurut beliau, inisiatif tersebut juga selari dengan aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG), khususnya SDG 10 yang menekankan usaha mengurangkan jurang sosial serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Program yang dianjurkan dalam bulan Ramadan itu bertujuan berkongsi rezeki serta menyemarakkan semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat, selain membantu meringanka n beban golongan yang memerlukan khususnya ibu tunggal yang menjadi ketua keluarga.

Terdahulu, TDM turut melaksanakan beberapa program kebajikan lain sebagai usaha berterusan membantu golongan memerlukan, khususnya dalam bulan yang mulia ini.

Antaranya termasuk Program Shopping Baju Raya Anak Yatim dan Anak Asnaf dari DUN Pengkalan Berangan yang melibatkan 98 penerima dengan kerjasama Kelab Kebajikan Saf Wanita Terengganu (SAFWA) pada 3 Mac lalu.

Anak syarikat kerajaan negeri itu juga menjadi antara penaja Majlis Iftar Amal Ramadan: Bahu Untuk Gaza yang dianjurkan oleh Muslim Care Malaysia Society sebagai tanda sokongan terhadap usaha kebajikan masyarakat.

Selain itu, syarikat berkenaan turut menjadi penyumbang kepada Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim dan golongan asnaf yang diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Muafakat Sejahtera Terengganu (SEJAHTERA) di Terengganu Equestrian Resort.


Ketupat

Artikel Berkaitan