lightning-solid
Berita :
REE : 'Luka' Lama Sekatan Royalti Wajar Jadi Pengajaran
REE : 'Luka' Lama Sekatan Royalti Wajar Jadi Pengajaran
Adli Mohamad
11 Nov 25
390

KUALA TERENGGANU, 11 November - Terengganu perlu belajar daripada peristiwa dinafikan hak royalti yang diibaratkan seperti sejarah luka lama mengores maruah negeri Terengganu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, apa yang terjadi suatu ketika dahulu angkara dendam, politik sempit yang membawa padah apabila hak negeri dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan hanya kerana berbeza pegangan politik.

Ujarnya, itu merupakan kesilapan terbesar yang telah dilakukan UMNO terhadap rakyat dan negeri ini, ia perlu dipastikan agar tidak berulang kembali.

"Hak rakyat dinafikan, royalti disekat, maka bermulalah polemik bayaran royalti sehingga kini. Rakyat menjadi mangsa, negeri kehilangan daya.

"Sejarah luka ini, tidak boleh diulang lagi oleh generasi kini. Biarkan ia berlalu pergi, kita bina sudut pandang baru (untuk) bersatu dan berpadu mempertahankan maruah rakyat dan negeri ini," katanya ketikas sesi Perbahasan Belanjawan 2026 Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.

Tegasnya, amat penting agar khazanah baru Rare Earth Elements (REE) yang dianugerahkan oleh Allah dipastikan agar sejarah seperti Petroleum tidak berlaku lagi.

"Laporan rasmi menunjukkan Malaysia mempunyai 16 juta tan REE dengan nilai potensi mencecah RM800 bilion, termasuk 42 peratus hasilnya di bumi Terengganu.

"Namun sebesar mana pun nilainya, ia tidak akan membawa berkat jika diurus dengan tamak, khianat dan tidak telus.

"Kerana ia merupakan amanah milik rakyat negeri ini, bukan milik mana-mana parti, individu atau kumpulan," jelasnya.

Katanya, sesiapa pun yang memerintah negeri atau negara hasil bumi tersebut tetap milik Terengganu.

"Inilah maruah, inilah prinsip yang tidak boleh dikrompomi, maka inilah masa kita mesti bersatu mempertahankan hak negeri," ujarnya.


Tag :

Artikel Berkaitan