Pentadbiran Masjid Perlu Lapor Jika Ada Ajaran Meragukan - Sultan Mizan
RM7.34 Juta Mencukupi Untuk Meneruskan Kesinambungan Sektor Pertanian
KUALA TERENGGANU, 16 November - Peruntukkan RM7. 34 juta untuk tahun 2022 bagi sektor pertanian adalah mencukupi untuk meneruskan kesinambungan kepada usaha kerajaan negeri yang telah dilakukan selama ini menerusi program Tahun Pertanian Terengganu 2021.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, walaupun peruntukan sedikit berbeza berbanding tahun 2021 pihaknya tetap fokus dengan menumpukan kepada impak, kesan serta manfaat melalui program yang telah dilaksanakan pada tahun ini.
"Jadi kesinambungan itu tidak lagi memerlukan untuk kita membuat projek baru tetapi meneruskan apa yang telah dilakukan untuk kita lihat keberhasilan daripada apa yang telah kita laksanakan selama ini.
"Fokus diberikan kepada perkara-perkara yang memerlukan kelangsungan terutamanya penyelenggaraan sektor penanaman padi, penyelenggaran sektor pertanian, pembangunan tanah terbiar.
"Serta meneruskan program memperkayakan sumber perikanan dan marin yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat," ujarnya.
Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita pada sidang media sempena Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas (Bajet), di Wisma Darul Iman (WDI), semalam.
Katanya dalam pada itu, 2.5 juta dari keseluruhan bajet pertanian tersebut akan dibelanjakan untuk pelaksanaan projek pembangunan Padi bagi memperhebat sektor berkenaan.
"Dimana ia menjadi diantara fokus utama selaras dengan objektif besar kita untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri pengeluaran makanan.
"Kita juga turut memfokuskan untuk pembangunan tanah terbiar dengan jumlah kira-kira 8,000 hektar di seluruh negeri ini yang akan kita bangunkan secara berperingkat, khususnya dengan tanaman buah-buahan terpilih," ujarnya.