DUNGUN, 27 Mac – Dalam suasana Syawal yang masih terasa, ujian berat menimpa seorang bilal surau apabila rumahnya musnah dalam kebakaran lewat malam tadi di Jalan Nibong Stesen, Dungun.
Mangsa, Ramli Yong yang merupakan bilal di Surau Ustaz Omar Shukri, bersama isterinya Aminah Ahmad, dikhabarkan baru sahaja hendak melelapkan mata sebelum dikejutkan dengan keadaan luar biasa.
Menurutnya, mereka mula merasakan suhu dalam rumah menjadi semakin panas disusuli dengan bau asap yang kuat.
Dalam keadaan cemas, beliau segera membuat pemeriksaan sebelum mendapati api marak berpunca dari bahagian dapur rumah mereka.
Kebakaran yang berlaku sekitar jam 10.30 malam itu menyebabkan suasana bertukar panik dalam sekelip mata, namun kedua-dua mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan daripada orang kampung.

Menurut Ketua Balai Bomba Paka, PPgB Mohd Rizuan bin Ramli, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.
Kejadian ini menjadi satu peringatan bahawa ujian boleh datang tanpa diduga, walau di saat kita sedang berehat bersama keluarga.
Diharapkan mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini, serta dipermudahkan segala urusan selepas ini.
Tag :