Rumah Penjual Sayur Terbakar



Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 26 Ogos- Warga emas Mauni Othman, 68, serta suaminya, Wan Ahmad Long, 68, yang merupakan penjual sayur di Simpang Bukit Besi terkejut daripada tidur apabila menyedari rumah yang didiami terbakar.

Menurut Mauni, ketika kejadian berlaku kira-kira pukul 12 malam, dia mendengar bunyi letupan kecil dari arah sebuah bilik dan segera mengejutkan suami.

"Menyedari rumah kami terbakar, saya segera keluar bersama suami dan seorang anak bagi menyelamatkan diri.

"Segala harta benda musnah terbakar, apa yang berjaya diselamatkan ialah kad pengenalan diri saya dan suami, manakala kad pengenalan anak dan segala dokumen serta sijil pelajaran hanggus terbakar," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Tepus, semalam.

Suaminya, Wan Ahmad Long berkata, selain daripada selamatkan diri bersama anak dan isteri yang dia tidak sempat bertindak apa-apa kerana panit dengan kejadian itu.

 "Terima kasih kepada penduduk setempat yang menghubungi bomba, dan Jabatan Bomba dan Penyelamat hadir iaitu dari Dungun, dan Al-Muktafi Billah Shah (AMBS),” ujarnya.


Sehubungan itu, Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiaman berkata pihaknya bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa.

"Semalam kita telah cadangkan sementara kepada mangsa untuk tinggal di Balairaya Kampung Tepus, namun mangsa mempunyai anak yang tinggal berdekatan, maka telah tinggal di salah seorang rumah anaknya daripada tujuh orang," jelasnya.

Ghazali menyatakan beliau berharap kejadian kebakaran seperti itu harus dipandang serius oleh semua pihak.

"Kerana kebanyakkan kejadian kebakaran berpunca daripada lintar pintas, disini kita melihat pentingnya menaik taraf pendawaian,” ujarnya.


Tag: