Rumah Rakit Cik Na, Santai Atas Air
Sekiranya ke Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, pastinya seseorang itu hanya tertumpu kepada rumah bot (houseboat) tetapi kini boleh beralih ke rumah rakit untuk bercuti dan melakukan pelbagai aktiviti atas air.
Perkhidmatan itu disediakan beberapa pengusaha rumah rakit dengan tawaran harga pakej yang sangat berpatutan berbanding sewaan rumah bot yang perlu dibayar secara pukal.
Turut menawarkan perkhidmatan ‘ala-ala’ rumah atas itu adalah Rumah Rakit Cik Na Kenyir milik Zanariah Jafaar yang mengusahakannya bersama suami Abd Razak A Bakar sambil dibantu anak-anak.
Istimewanya rumah itu, setiap tetamu atau pelancong yang bertandang akan disambut mesra oleh pemilik.
Dihidang makanan tengahari berasaskan ikan sungai iaitu ikan lampam, baung, sebarau, seluang yang dimasak Cik Na.
Kemudianya memulakan aktiviti sama ada mengikuti pakej yang ditawarkan atau di atas kreativiti sendiri.
Antaranya tetamu boleh mengikuti trip ke lubuk memancing, pengembaraan di sungai, mandi-manda di kawasan air terjun dan menikmati pemandangan di sekitar Tasik Kenyir dan menyelusuri sungai dengan menaiki bot.
Ada juga yang bertandang ke rumah itu semata-mata untuk memancing, menganjurkan hari keluarga dan barbeku.
Cik Na berkata, tercetus idea untuk membina rumah rakit secara bergotong-royong dua tahun lalu adalah hanya suka-suka, selain gemar mencari ketenangan di tasik itu
“Awal pembinaan daripada satu bilik dan satu bilik air itu, kini rumah rakit kami miliki enam bilik, dua bilik air, pelantar memancing dan ruang tamu.
“Semua kemudahan itu mampu menampung tetamu 20 hingga 30 tetamu pada satu-satu masa.
“Kebanyakan mereka yang pernah berkunjung sama ada dari luar Terengganu atau luar negara pasti akan kembali menginap, kemungkinan berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan, selain mengemari suasana di Tasik Kenyir,”katannya.
Menurut Cik Na, tiada perbezaan ketara dengan perkhidmatan rumah rakit lain.
“Kelainannya mungkin daripada segi layanan kerana kami di sini bermula daripada tugas menyambut tetamu, memasak, menghidang, membersih dan memandu bot, semuanya di kalangan ahli keluarga,”katanya.
Pakej 1 (minima 8 orang) – RM75 satu kepala
Pakej 2 (minima 10 orang) – RM60 satu kepala
Pakej 3 (minima 12 orang) – RM50 satu kepala
Pakej 4 (minima 18 orang) – RM40 satu kepala
Jarak perjalanan dari pekan Kuala-Berang – Rumah Rakit Cikna- 40 kilometer
Jika berminat sila hubungi talian 019- 914 5964