SAHANITA Bantu Wanita Tambah Pendapatan

Zul Bhari bersama peserta-peserta kursus.

Oleh : Fahmi Izzuddin

SETIU, 25 Februari - Persatuan Usahawan Wanita Terengganu (SAHANITA) yang ditubuhkan tahun lalu berupaya membantu golongan wanita untuk menambah pendapatan diri dan keluarga.

Timbalan SAHANITA, Zaidah Awang berkata, ramai wanita di Terengganu terlibat dengan aktiviti usahawan namun kurang mendapat sokongan daripada pihak-pihak tertentu menyebabkan perniagaan mereka tidak mencapai keuntungan yang banyak.

Justeru katanya, penubuhan SAHANITA adalah tepat pada masanya bagi membantu kaum ibu meningkatkan keuntungan perusahaan yang sekali gus menambah pendapatan mereka.

“NGO ini yang ditubuhkan tahun lalu bukanlah bertujuan mencari keuntungan semata-mata tetapi ingin membantu usahawan wanita khususnya bagi mengembangkan perniagaan atau perusahaan supaya lebih maju dan berdaya saing.

“Pada hari ini kita hadir ke Setiu sebagai permulaan dan kita dapati program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada kaum hawa di sini,” ujarnya.

Chef Norasikan (kanan).
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Kursus Pembuatan ‘Meatball’ di Balai Komuniti Kampung Bukit Chalok di sini semalam.

Terdahulu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Ustaz Zul Bhari A Rahman hadir merasmikan program tersebut yang dihadiri kira-kira 42 peserta.

Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran Chef Norasikan Mohd Nor dari Qaireen Kitchen.


Tag: