Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
KUALA TERENGGANU, 27 April – Utusan Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hadi Awang semalam hadir ke Multaqa Asatizah Bersama Daie Terengganu di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berpesan kepada hampir 800 agamawan yang hadir agar mengambil tanggungjawab menyelamatkan pemikiran anak muda kini.
“Orang lemas dalam air pun kita wajib selamatkan, apatah lagi menyelamatkan orang Islam yang lemas dengan ujian dunia.
“Kewajipan kita menyelamatkan anak muda, mereka lemas dengan bermacam-macam pemikiran, sosial dan juga akhlak yang bukan sahjaa merosakkan diri bahkan mampu merosakkan kita.
“Tamadun Islam yang bertapak selama 800 tahun ranap dalam kekufuran kerana meninggalkan Islam maka perlu ditanamkan dalam diri umat Islam agar memilih pemerintahan Islam,” katanya ketika menjawab soalan berkenaan cabaran mendidik anak muda.
Abdul Hadi turut mengulas berkenaan perselisihan aliran yang berlaku pada hari ini dengan terus berpegang dengan mazhab kerana ulama mazhab telah lama berbincang dan berlapang soal cabang dan tetap sepakat tentang asas agama.
Multaqa’ Asatizah itu dianjurkan oleh Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) yang mengumpulkan guru pondok, agamawan serta guru sekolah agama.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah dan Pengarah DUAT, Ramlan Mahmood.