Seramai 150 Peserta DUN Manir Bakal Menyertai Acara Berakit Merdeka Esok

HULU TERENGGANU, 31 Ogos-Seramai 150 peserta dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir bakal menyertai Pertandingan Berakit Merdeka 2024 Menyusuri Sungai Terengganu, 8 pagi esok.

Peserta yang menaiki 30 buah rakit akan bersaing dalam dua kategori laju dan berhias dengan hiasan hasil kreativiti masing-masing, bermula di jeti Kallang Gaung Pulau Manis dan berakhir di Dataran Pasir Tebakang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir berkata, antara objektif program bagi menghidupkan kembali nostalgia berakit, menyelami pengorbanan generasi dahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan dalam serta menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan penduduk.

“Pertandingan berakit pada kali ini akan menyusuri Sungai Manir dan Sungai Terengganu sejauh lebih kurang 10 kilometer yang mengambil masa hampir dua hingga tiga jam," ujarnya.

Justeru itu, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program berakit kali ini dengan diadakan pelbagai acara sampingan diantara 2 jeti tersebut antaranya rawatan percuma, pertandingan mewarna, persembahan silat, cabutan bertuah dan banyak lagi.


Tag: