Sidang DUN: Pembangkang Puji Inisiatif Kerajaan Pusat


Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari ini menyaksikan wakil pembangkang menyambut baik langkah Kerajaan Persekutuan yang memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk memperkasakan bidang pendidikan seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2017, baru-baru ini.

Wakil Pas-Paka, Satiful Bahri Mamat berkata, kerajaan negeri diharap mampu mencontohi inisiatif itu memandangkan pendidikan merupakan nadi kepada pembangunan modal insan pada masa akan datang.

“Kita harap supaya pihak kerajaan negeri tengok macam pusatlah dalam pendidikan, dia bagi peningkatan yang banyak.

Contohnya untuk program Permata yang digerakkan isteri kepada Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Tahun 2016 diluluskan RM36 juta. Tahun 2017 diluluskan RM85 juta.

“Ini untuk pendidikan, sebab bakal generasi yang akan datang adalah anak-anak kita,” katanya ketika sesi perbahasan di hari ketiga, Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Katanya, peruntukan untuk bidang pendidikan negeri ini masih lagi seperti tahun lepas tidak sebagaimana tahun yang lampau.

“Sebelum ini, perbelanjaan yang banyak diberikan kepada pendidikan kita kerana itu merupakan menjana tenaga pembangunan insan rakyat Terengganu. Tapi nampak tahun ini tinggal RM40 juta sahaja untuk yayasan dan sebagainya,” ujarnya.

Tag: