Sidang DUN : Sultan Mizan Rasmi Pembukaan Penggal Kedua


KUALA TERENGGANU, 1 April - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pagi ini berangkat menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.


Baginda tiba di pekarangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman kira-kira 10 pagi yang kemudiannya disambut Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali serta Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Turut serta, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Ketua Polis Negeri, Dato' Aidi Ismail.

Persidangan kali ini  akan berlangsung selama empat hari bermula hari ini sehingga 4 April.

Tag: