Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
Sidang DUN: Terengganu Belanja RM300 Ribu Bantu Penternak Ikan Kerapu
Kerajaan negeri membelanjakan hampir RM300,000 bagi membantu penternak ikan kerapu di persisiran pantai di Terengganu sepanjang tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof, berkata peruntukkan itu termasuk membekalkan induk kerapu, membekalkan peralatan-peralatan seperti tangki, sistem air laut dan juga peralatan-peralatan lain.
Katanya, kebanyakan benih kerapu sekarang ini masih perlu diperolehi dari luar negara seperti Bali ataupun Surabaya di Indonesia.
“Apa yang diusahakan penternak benih ikan itu di Terengganu sebelum ini menemui kegagalan disebabkan faktor cuaca dan beberapa permasalahan yang tidak dapat dielakkan.
“Walaupun gagal, kita berjaya menghasilkan benih ikan dari spesis lain, termasuk siakap,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Satiful Bahri Mamat (Pas-Paka) di persidangan kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada hari kedua, semalam..
Menurutnya, tiga lokasi penetasan bagi projek pembenihan dan ternakan ikan kerapu yang diusahakan Terengganu Agrotech Development Corp Sdn Bhd (TADC) beberapa tahun lalu telah pun diserahkan kepada pihak lain.
"Satunya kita serah kembali kepada perikanan, dua lagi kita bekerjasama dengan syarikat swasta yang mana untuk mengeluarkan benih kerapu,”katanya.