KUALA TERENGGANU, 2 April - Ahli sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini sebulat suara mengutuk sekeras-kerasnya dua tragedi besar yang telah menimpa umat Islam di Timur Tengah saat ini.
Kedua-dua tragedi tersebut melibatkan serangan negara Israel ke atas saudara Islam di Gaza dan juga tindakan melampaui batas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang melanggar undang-undang antarabangsa dengan menandatangani pengisytiharan Bukit Golan yang dijajah dari tangan Syria sebagai milik negara haram Zionis.
Ketetapan itu diperoleh selepas usul tergempar mengutuk serangan pengganas itu dicadangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md. Noor yang menegaskan, serangan tersebut tiada tujuan lain melainkan untuk menanam kebencian dan mendorong keganasan di serata dunia.
Meskipun berbeza pandangan dan fahaman politik, namun penyokong kerajaan dan wakil pembangkang senada mengutuk keras kejadian berkenaan menerusi usul tergempar itu.
Zuraida Md. Noor berkata, kedua-dua peristiwa itu sangat mencalar maruah umat Islam.
“Langkah presiden Trump sama seperti sebelum ini dengan mengiktiraf Baitul Maqdis, tempat suci ketiga orang Islam sebagai ibu negara haram Israel pada Disember 2017.
“Sebagaimana status Baitul Maqdis yang mana hakikatnya dijajah oleh Israel, begitu juga dengan Bukit Golan. Ibarat melakukan jenayah di siang hari,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul semasa Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini pagi tadi.
Katanya, tindakan keji itu jelas melanggar dua resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu Resolusi Majlis Keselamatan 497 dan Resolusi 242.
“Resolusi Majlis Keselamatan 497 jelas menyatakan bahawa keputusan Israel untuk melaksanakan undang-undang bidang kuasa dan pentadbiran di bawah wilayah Bukit Golan milik Syria yang diduduki adalah batal dan tidak sah serta tidak mempunyai kesan perundangan antarabangsa.
“Manakala Resolusi Majlis Keselamatan 242 memberi panduan jelas bahawa wilayah yang dirampas melalui peperangan adalah tidak sah untuk dimasukkan sebagai wilayah milik negara yang menjajah berkenaan,” ujarnya.
Zuraida berkata, alasan kononnya bakal menjadi sasaran untuk melancarkan serangan AS ke atas Israel, amat hipokrit.
“Mengapa mereka tergamak berdiam diri saat Zionis Israel melakukan jenayah kemanusiaan dengan mengebom orang awam Palestin yang tidak bersalah yang dikepung di Gaza.
“Sekali lagi saya menyeru agar kita seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu menunjukkan solidariti bersama-sama saudara kita di Gaza dan Bukit Golan dengan mengecam keras pencabulan hak asasi manusia dan pelanggaran undang-undang antarabangsa,” ujarnya.