• 17 Sept 2024 | 13 Rabiul Awal 1446

Sistem Telekomunikasi di Terengganu Capai 97.54 Peratus

KUALA TERENGGANU, 29 Julai- Sistem telekomunikasi di Terengganu berada pada tahap memuaskan dengan purata peratusan capaian sebanyak 97.54 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, peratusan capaian di negeri itu meningkat lebih tiga peratus berbanding 93.68 peratus pada tahun lalu.

"Saya perincikan status capaian di setiap daerah iaitu Besut sebanyak 96.88 peratus, Setiu (96.40 peratus) dan Hulu Terengganu sebanyak 96.16 peratus.

"Kuala Nerus mencatat capaian 99.12 peratus dan Kuala Terengganu berada pada capaian 100 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-15 di Wisma Darul Iman, hari ini.

Tambahnya, bagi daerah Marang kadar capaian sebanyak 98.17 peratus, Dungun 96.01 peratus dan Kemaman pada kadar 97.24 peratus.

 


Tag: