Sistem Wakaf Dan Pinjam Bantu Pesakit Kronik

MARANG, 13 Oktober - Sistem wakaf dan pinjam yang mula diperkenalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang akhir tahun lepas nyata membantu penduduk di daerah itu terutama pesakit kronik yang kurang berkemampuan.

Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, sistem yang diamalkan ini membantu dari sudut kebajikan mereka di samping menunggu bantuan daripada agensi berkaitan seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Seperti contoh, mereka yang menghidap sakit lumpuh di mana mereka memerlukan katil atau kerusi roda bagi meringankan pergerakan dan pengurusan kendiri serta keluarga.

Penyumbang Wakaf Katil Pesakit

"Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih serta penghargaan kepada semua penyumbang yang baik hati dan dermawan kerana sanggup memberi wakaf katil untuk kegunaan orang lain yang kurang bernasib baik.

"Ini dapat mewujudkan masyarakat yang saling menyayangi dan bantu membantu antara satu sama lain sekaligus dapat merapatkan ukhuwwah serta melahirkan masyarakat yang perihatin." katanya.

Beliau berkata ketika hadir menyerahkan sumbangan katil pesakit kepada ibu Muhamad Adafis Zakirai yang menghidap sakit lumpuh di Kampung Sungai Kerak.

Di samping itu, pihak Dun juga sangat mengalu-alukan mereka yang berhasrat untuk membantu kami kerana di sana adanya satu ganjaran besar iaitu ganjaran pahala untuk bekalan akhirat.

Turut hadir adalah, Setiausaha Majlis Tindakan Dun Rhu Rendang, Wan Nelang Abd Rahman, dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Sungai Kerak, Muhamad Azahar Adam.

 


Tag: