Muaz, Hajjah Halimah Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Setiu
KUALA NERUS, 26 September - Terengganu Turtles berjaya melayakkan diri ke suku akhir Grand Prix (GP) Terengganu Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) Premier setelah menewaskan Bomba Fighters 2-0, sebentar tadi.
Pasukan pantai timur itu memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri apabilla gandingan regu Zulkifli Abdul Razak, Aman Mohd Rosdi dan Afif Jazimin mudah menamatkan set pertama 15-5.
Bomba Fighters cuba menghidupkan cabaran pada set kedua apabila bangkit mengejar 12-13.
Namun, gema sorakan penyokong tuan rumah di Stadium Tertutup Gong Badak menyuntik semangat pemain Terengganu Turtles untuk menamatkan saingan dengan kemenangan straight set 15-12.
Undian bagi perlawanan suku akhir yang berlangsung esok menyaksikan Terengganu Turtles bakal melayan kunjungan Selangor Pistons pada jam 9.30 malam esok.