Sukan SEA: Ratu Ekuestrian Dedikasi Kejayaan Buat Seluruh Rakyat Terengganu Dan Negara

Atlet wanita tunggal skuad kuda lasak Azizatul Asma ketika meraikan kemenangan bersama ibu bapanya. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail

Atlet wanita tunggal skuad kuda lasak Azizatul Asma Abdullah, 21, mahu mendedikasikan kemenangan pingat emas bagi acara berpasukan dalam Sukan SEA ke-29, semalam untuk seluruh rakyat Terengganu dan juga Malaysia khasnya.

"Saya mahu hadiahkan kemenangan ini kepada seluruh rakyat Terengganu, dan juga Malaysia. Tak lupa keluarga yang sentiasa menyokong saya dari awal penglibatan dan menguatkan semangat saya,"kata atlet kelahiran Marang itu lagi.

Azizatul menamatkan perlumbaan 80km di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP), Lembah Bidong, Setiu di kedudukan kelima dalam masa 3 jam 51 minit dan 26 saat dengan purata kelajuan 20.740km/j  selaku penampilan sulung dalam temasya Sukan SEA.

Menurut anak bongsu daripada tujuh beradik itu, dia tidak mampu menyembunyikan perasaan gemuruh berikutan tanggungjawab serta harapan menggunung semua pihak terhadapnya dan skuad ekuestrian apabila beraksi di negeri sendiri.

"Syukur..sebab kita mampu menguasai persaingan dan mengikut strategi coach. Sebaik sahaja skuad negara yang diketuai Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, mendahului pada awal perlumbaan, moral semua penunggang Malaysia mula meningkat naik.

“Kejayaan ini sangat membanggakan. Tuanku pun bersemangat dan menambahkan lagi tekad kita untuk Malaysia kali ini," kata penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan di Universiti Malaysia Terengganu itu lagi.

Tambah Azizatul, persiapan dilakukan sejak penghujung tahun lalu membuahkan hasil dan pingat emas ini akan dijadikan motivasi untuk meraih pelbagai kejayaan lagi.

Penunggang Mora Tishaka itu berkata, kerjasama berpasukan dan konsentrasi sangat membantu skuadnya mendahului sepanjang saingan biarpun tidak terlepas dari cabaran kecil ketika menuju ke garisan penamat.

dapat menamatkan 120km dalam acara Piala Sultan Mizan nanti dan meraih lebih banyak kejayaan di masa akan datang. wanita pertama negara dalam acara ini. Dia juga merupakan pelajar semester ketiga Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan di Universiti Malaysia Terengganu.
Katanya, bagi mencapai kejayaan pada hari tersebut ialah perlu bekerjasama satu sama lain dan semangat berpasukan itu sangat penting dalam meraih pingat emas.
Cabaran yang utama dalam perlawanan ini adalah pasukan lawan, cuaca dan keadaan kuda kerana kadang-kadang kita tidak perasan yang kuda kita cedera dan sebagainya.
Pada awal lagi Malaysia berada di hadapan berbanding skuad Negara lain dan tidak ada tekanan ketika perlawanan kerana tahu pasukan lain telah ketinggalan kebelakang.
Katanya, dalam perlawanan itu, dia dan skuad sentiasa fokus dan memegang matlamat untuk menang.
Memang kami bersungguh-sungguh dalam meraih pingat emas ini, malu sekiranya kalah di tempat sendiri.

Dengan kemenangan ini, saya berharap agar dapat menamatkan 120km dalam acara Piala Sultan Mizan nanti dan meraih lebih banyak kejayaan di masa akan datang.

Tag: