lightning-solid
Berita :
SUKMA 2026: Syaza Buat Kejutan Emas Pertama Terengganu
SUKMA 2026: Syaza Buat Kejutan Emas Pertama Terengganu
Mohd Irsyadi Abu Bakar
7 jam yang lepas
43

SHAH ALAM, 14 Ogos- Atlet berbasikal MTB, Nur Syaza Damia Mohamed Arif muncul sebagai penyumbang pingat emas pertama buat kontinjen Terengganu di Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, hari ini.

Syaza yang bertanding dalam acara Downhill Individu (W) mencatatkan masa 2:22:624 saat sekali gus berjaya meraih pingat emas pada kejohanan yang berlangsung di Lembah Peladang Agro Campsite, Sungai Buloh, petang tadi.

Lebih menarik, pada awalnya pasukan berbasikal meletakkan sasaran pingat perak buat atlet berkenaan bagi perlumbaan hari ini.

Namun, kayuhan 'emas' dengan purata kelajuan 22.72km/h berjaya dilakukannya membuktikan kemampuan beliau menyerlahkan prestasi terbaik hari ini.

Kejayaan itu menjadi suntikan semangat buat seluruh kontinjen untuk mempamerkan kemampuan Negeri Terengganu dalam memberikan cabaran terbaik pada temasya sukan kali ini.


Tag :

Artikel Berkaitan