lightning-solid
Berita :
SUKMA 2026: Taekwondo Hadiah Dua Pingat
SUKMA 2026: Taekwondo Hadiah Dua Pingat
Mohd Irsyadi Abu Bakar
58 minit yang lepas
38

SHAH ALAM, 14 Ogos- Skuad Taekwondo menyumbang satu pingat emas dan satu perak buat Negeri Terengganu dalam Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, hari ini.

Pingat emas hadir menerusi Halimah As-Sa'adiyyah Nasir-Tsafe yang bertanding dalam acara Flyweight bawah 49kg Wanita.

Halimah muncul pemenang setelah menewaskan pesaing dari Selangor dengan keputusan 2-0.

Manakala, pingat perak diraih dalam kategori Flyweight bawah 58kg Lelaki yang diwakili oleh Muhammad Aidil Hakimi Mohd Azman yang tumpas 1-2 kepada atlet Kelantan.


Tag :

Artikel Berkaitan