SHMMP KRISMAS: 176 Anggota KPDN Terengganu Ditugaskan Pantau Harga
KUALA TERENGGANU, 12 Jun - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ismail, Chendering hari ini berikutan pengumuman kerajaan negeri untuk membuka kembali masjid-masjid dan surau-surau seluruh negeri kepada umum sejak ia ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 18 Mac lalu.
Keberangkatan tiba Baginda diiringi kedua-dua puteranya, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Sri Setia Mahkota Raja disambut oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Yahaya Ali.
Sempena pembukaan masjid dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihak masjid menghadkan seramai 360 orang jemaah sahaja dibenarkan solat Jumaat pada minggu ini.
Sebahagian masjid melakukan proses jemputan untuk jemaah dalam qariah masing-masing.
Manakala, ada juga masjid yang menerima jemaah secara ‘walk in’ mengikut masa dan kapasiti yang ditetapkan.
Kesemua jemaah mengikut peraturan yang ditetapkan dengan melaksanakan kebersihan kendiri, penjarakan sosial dan membawa sendiri sejadah serta memakai pelitup muka.