100 Asnaf, Anak Yatim DUN Kijal Terima Baucer Persekolahan RM20,000
Ta'min Hadhanah, Kecaknaan Kerajaan Kepada Ibu Tunggal Teraniaya
DUNGUN, 26 Disember - Kerajaan negeri mengambil cakna golongan ibu tunggal yang tiada tempat bergantung selepas perceraian dengan memperkenalkan Ta’min Hadhanah (insurans).
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional Negeri, Alias Harun berkata, insurans tersebut bagi menjamin nafkah isteri dan anak-anak sekiranya berlaku penceraian.
"Dalam masa yang sama dapat menjaga kebajikkan ibu tunggal dan anak-anak", ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sumbangan Kepada Asnaf di Dewan Sivik Kampung Baru, semalam.
Alias yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang berkata, perlaksanaan insurans tersebut sedikit sebanyak mampu meringankan beban golongan terbabit.
"Sebelum ini kalau bercerai, serah kepada ibu-ibu bekerja keras untuk menanggung makan pakai anak, ayah lepas tangan.
"Cuma saya berharap apa-apa yang terjadi kepada wanita yang diceraikan maklumatnya sampai kepada Pejabat Agama ataupun agensi di bawah Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri supaya mereka yang teraniaya mendapat pembelaan sewajarnya,” ujarnya.