lightning-solid
Berita :
TDM Bawa Keceriaan Syawal Buat 98 Asnaf DUN Pengkalan Berangan
TDM Bawa Keceriaan Syawal Buat 98 Asnaf DUN Pengkalan Berangan
Abdul Fattah Kamarudin
21 jam yang lepas
134

KUALA TERENGGANU, 1 Mac – Seramai 98 anak asnaf dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan menerima sumbangan berbentuk pakaian raya menerusi program Cakna Raya Asnaf anjuran TDM Berhad di Mydin Mall, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Ketua Sumber Manusia dan Pentadbiran TDM, Ahmad Shukri Mohd Ali berkata, sebagai syarikat milik Kerajaan Negeri Terengganu, TDM sentiasa komited melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) demi kesejahteraan rakyat.

IMG_3595.jpeg 4.81 MB
“TDM merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu dan keuntungannya akan kembali kepada rakyat negeri ini,” katanya ketika ditemui pada program tersebut.

Menurut beliau, walaupun sumbangan itu mungkin dilihat kecil oleh sesetengah pihak, ia amat bermakna buat golongan yang memerlukan.

“Mungkin kecil bagi sesetengah orang, tetapi besar kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.

IMG_3567.jpeg 6.85 MB
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, merakamkan penghargaan atas komitmen berterusan TDM dalam membantu masyarakat setempat.

“Saya sudah tidak ingat ini kali ke berapa kerjasama antara PKM dan TDM. TDM sentiasa komited menyumbang kepada rakyat Terengganu secara amnya dan penduduk N20 khususnya,” katanya.

Beliau berharap sumbangan tersebut mampu mengukir senyuman dan menceriakan sambutan Syawal anak-anak asnaf yang terlibat.


Tag :

Artikel Berkaitan