lightning-solid
Berita :
Terengganu Ajak Rakyat Sambut Tahun Baru Munajat
Terengganu Ajak Rakyat Sambut Tahun Baru Munajat
Adli Mohamad
2 jam yang lepas
33

KUALA TERENGGANU, 24 Disember - Rakyat di negeri ini diajak untuk memeriahkan sambutan ambang tahun baru dengan hadir ke program kerohanian terbesar Malam Munajat Terengganu "Ramadan Dirindui".

Program tersebut bakal diadakan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu bermula jam 7.00 malam pada 31 Disember.

Program akan bermula dengan Kuliah Maghrib yang menghidupkan jiwa dengan Al-Quran, ia turut diserikan dengan Malam Kesenian Islam.

Malam Munajat Terengganu itu akan turut dimeriahkan dengan Pendakwah Terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang akan tampil pada program Bicara Murabbi : Indahnya Hidup Bersyariat.

Orang ramai diseru untuk mengenakan tema pakaian bagi lelaki berjubah putih manakala bagi wanita jubah hitam atau bersesuaian.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil ABdul Hadi berkata pihaknya telah membut persiapan sebaik mungkin bagi memastikan program itu berjalan dengan sebaik-baiknya.

"Semoga segala perancangan dipermudahkan dan program munajat ini menjadi medan memperkukuh hubungan dengan Allah SWT menjelang tahun baharu 2026," ujarnya.



Tag :

Artikel Berkaitan