Terengganu Negeri Pertama Guna S@MPAI

KUALA TERENGGANU, 24 September- Terengganu menjadi negeri pertama menggunakan Sistem Maklumat Pekerjaan Akar Umbi (S@MPAI) yang bakal dipasang di 32 Pusat Khidmat Masyarakat(PKM) dan dikawal secara berpusat oleh T-HRDC selepas dilancarkan secara rasmi semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata, S@MPAI merupakan satu bentuk penyampaian maklumat dengan cara yang lebih menarik (grafik) dan akan dikemaskini secara harian.

”Ia akan mendekatkan jurang antara pencari kerja dengan peluang kerjaya melalui penyampaian melalui beberapa saluran S@MPAI melalui beberapa saluran, medium untuk sampai ke kumpulan sasaran.

”Contohnya, media sosial kita akan menggunakan medium facebook, TikTok dan Instagram bagi golongan remaja serta aplikasi perbualan melalui group whatapps dan telegram untuk golongan dewasa.

”Sementara itu, kita akan menggunakan paparan digital melalui skrin S@MPAI bagi mereka yang berumur dan kurang pendedahan medial sosial,”ujarnya.

Dalam masa sama, beliau berkata sebanyak  32 DUN terlibat dalam program Le Tour De' Grassroots T-HRDC yang melibatkan 1046 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) 

Menurutnya, melalui program tersebut, sebanyak 31 kumpulan whatsapp dengan lebih 900 orang bersama PKM dan JPKK untuk tujuan penyampaian maklumat dengan lebih efektif.

”Ia bagi menjalinkan libat urus PKM, IMITS dan JPKK selaku pemegang taruh kumpulan akar umbi (rakyat) dan memperkenalkan T-HRDC serta agenda pekerjaan negeri Terengganu

”Selain itu, mewujudkan saluran komunikasi agar segala maklumat dapat disampaikan kepada rakyat melalui PKM, IMITS dan JPKK serta mengumpul data pencari kerja sekitar DUN (pendaftaran Rakan THRDC),”katanya lagi.

Tambahnya, ia juga mendapat kerjasama dari PKM, IMITS dan JPKK untuk menjayakan segala usaha dan gerak kerja berkaitan agenda pekerjaan.


Tag: