lightning-solid
Berita :
Terengganu Perkasa Perancangan TMT 2027, Sasar 9 Juta Pelancong
Terengganu Perkasa Perancangan TMT 2027, Sasar 9 Juta Pelancong
Muhammad Fakhruddin Bin Nordin
1 jam yang lepas
48

KUALA TERENGGANU, 23 Julai – Kerajaan Negeri menyasarkan 9 juta pelancong sepanjang tahun 2026 sebagai persediaan menjayakan Tahun Melawat Terengganu 2027 (TMT2027) menerusi penyusunan Kalendar Acara Pelancongan dan Kebudayaan (COE) yang lebih strategik, tersusun dan berimpak tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, sektor pelancongan kini menjadi antara pemacu utama ekonomi negeri dengan prestasi yang terus memberangsangkan apabila Terengganu merekodkan 2.45 juta pelancong pada suku pertama 2026, manakala jumlah itu diunjurkan meningkat kepada 6.5 juta pelancong menjelang suku kedua dengan anggaran penjanaan ekonomi antara RM1.4 bilion hingga RM1.5 bilion.


"Kejayaan sesuatu acara tidak lagi boleh diukur berdasarkan jumlah program yang dianjurkan semata-mata, sebaliknya impaknya kepada kehadiran pelancong, tempoh mereka berada di Terengganu dan manfaat ekonomi kepada komuniti setempat.

"Kejayaan Tahun Melawat Terengganu 2027 juga memerlukan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan, agensi, pemain industri, NGO, media dan rakyat Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Sesi Libat Urus Bengkel Penyediaan Kalendar Acara Pelancongan dan Kebudayaan (COE) Negeri Terengganu 2027 sempena Tahun Melawat Terengganu 2027 (TMT2027) di Hall 2, Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu, semalam.

Menurut Razali, setiap daerah perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu acara ikonik, disokong pakej pelancongan yang lengkap serta dipromosikan enam hingga dua belas bulan lebih awal bagi memastikan TMT2027 mampu menarik lebih ramai pelancong dan mengukuhkan kedudukan Terengganu sebagai destinasi pelancongan pilihan.


Tag :

Artikel Berkaitan