• 08 Sept 2024 | 4 Rabiul Awal 1446

Terengganu Terima Bayaran Royalti TNB RM16.51 Juta

KUALA TERENGGANU, 24 Julai - Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menyerahkan pembayaran royalti penggunaan air dan lesen takungan air di Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud Kenyir dan Stesen Janakuasa Hulu Terengganu berjumlah RM16.51 juta bagi tahun kewangan 2024.

Pembayaran royalti bagi penggunaan air dan lesen takungan air di Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud sebanyak RM11,673,000 manakala untuk Stesen Janakuasa Hulu Terengganu berjumlah RM4,836,218.

Penyerahan cek itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Pembangunan, TNB Power Generation Sdn Bhd, Shahrir Abdul Latiff kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu majlis ringkas di Wisma Darul Iman di sini.

Untuk rekod, TNB telah mula membuat bayaran itu setiap tahun sejak kedua-dua stesen berkenaan memulakan operasi.