Tiga Stesen Minyak Bakal Dibuka Di LPT 2


Kerajaan negeri meluluskan tanah kepada sebuah syarikat petrolium baģi membolehkan tiga stesen minyak dibuka di Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Infrasuktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau, Ir Rosli Othman berkata, stesen minyak itu akan dibuka di kawasan Hentian Rawat dan Rehat (R&R) masing-masing satu di Perasing dan dua di Paka.

Katanya, kerajaan negeri dimaklumkan pembinaan tiga stesen minyak itu dijangka akan mengambil masa selama setahun.

"Permohonan tanah dari syarikat petrolium itu dibentang dan diluluskan pada mesyuarat Exco yabg diadakan Rabu lalu," katanya ketika mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada majlis dialog dengan peniaga R&R Perasing, .

Dalam perkembangan lain, Ir Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik berkata, kerajaan negeri akan memperbanyaķkan pemasangan papan tanda dan penunjuk arah R&R Peransing bermula dari Gambang, Kuantan hingga ke lokasi hentian rehat.

Katanya, kebanyakan pengguna tidak sedar terdapat R&R yang menjual makanan dan minuman selain surau, bilik mandi serta tandas disediakan di R&R Peransing.

"Disebabkan kurang pengunjung, 18 peniaga makanan dan minuman yang menjalankan perniagaan di R&R Peransing mengeluh.

"Hasil perbincangan diadakan antara kerajaan negeri dan Plus Malaysia Berhad, pihak itu bersetuju mengurangkan sebanyak 50 peratus kadar sewa gerai makanan dan minuman," katanya.

Ir Rosli berkata, pengurusan Plus juga bersetuju untuk tidak menaikkan kadar sewa yang dikenakan antara RM550 dan RM350.



Tag: