Timbalan KPN Warnai Kejohanan Kuda Lasak 2022

SETIU, 18 Jun – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain menjadi salah seorang penunggang senior yang berjaya menamatkan acara Championship Endurance National (CEN) 40 kilometer.

Turut menamatkan acara tersebut ialah Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Dato’ Mohd Rashid Hasnol yang mengenakan ‘vest’ bernombor 62.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hadir menyempurnakan Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah Acara Sampingan sempena Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang DiPertuan Muda Terengganu 2022 di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong di sini semalam.

Penunggang cilik, Kasih Dania Sofia Norhisyam berjaya merangkul kejuaraan dalam acara CEN 30 km kategori PONY bersama kudanya HKRC Yakub dengan catatan masa dua jam empat minit (2:04:51) manakala Supt. Suffian Hamzah mewakili pasukan STET pula menjuarai acara CEN 15 km kategori VIP dengan masa (1:09:41).

Kejohanan tersebut berlangsung bermula pada 16 Jun sehingga 18 Jun, kategori CEN 100 km dan CEN 1*100 km bakal dilepaskan pada petang ini.


Tag: