Sidang Kemuncak Antarabangsa Terengganu Kecam Genosid di Palestin
Oleh : Ariss Alias
SETIU, 26 Ogos – Seorang Juruteknik ExxonMobil nekad meninggalkan kerjayanya dengan mengusahakan tanaman cempedak sehingga mampu memperoleh pendapatan RM25,000 semusim.
Zakaria Harun, 65, berkata tanaman itu diusahakan di atas tanah miliknya yang berkeluasan dua ekar di Kampung Kubang Puyu.
Dia berkata, keunikkan rasa buah cempedak yang ditanam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap itu menjadi rebutan ramai sehingga dipasarkan ke luar negeri seperti Kuala Lumpur dan Johor.
“Hasil yang dikeluarkan pada mulanya tidak banyak membuatkan datang keinginan untuk meningkatkan cempedak melalui kaedah membela ikan keli di dalam tangki pada tahun 2009.
“Air ikan keli yang disalin ini akan dialirkan ke pokok-pokok cempedak bertindak sebagai baja membuatkan pokok subur dan mengeluarkan hasil yang banyak dan sedap,” tambah beliau lagi.
Terdahulu Zakaria berkata, keinginan untuk membangunkan kampung serta adanya masa lapang sewaktu cuti bekerja menyebabkan dia nekad meninggalkan jawatan juruteknik di ExxonMobil walaupun bergaji belasan ribu sebulan.
“Jadual kerja saya seminggu bekerja dan seminggu cuti, ia membuatkan saya terfikir untuk membuat sesuatu pada masa lapang di tanah ini yang dahulunya ditanam dengan tanaman getah.
“Bermula daripada itulah saya mula menanam pokok cempedak ini pada tahun 1985 secara kecil-kecilan di atas tanah seluas dua ekar,” ujarnya ketika ditemui media semalam.
Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof berkata, Langkap sememangnya terkenal dengan pengeluaran buah-buahan yang berkualiti sehingga menjadi salah satu kawasan pengeluaran buah di negeri ini.
“Setiap kali musim buah-buahan, peniaga membuka gerai kecil di tepi jalan bermula dariKampung Sungai Tong hingga ke Chalok. Ini salah satu kemeriahan yang tidak ada di kawasan lain,” katanya.