Wujud Night Market Di Perkampungan Pulau Redang

Kerajaan negeri bercadang mewujudkan 'Night Market' dengan mengutamakan jualan produk pelancongan di perkampungan Pulau Redang dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata usaha  itu pasti dapat menarik minat pengunjung resort di  Pasir Panjang ke kawasan perkampungan pulau itu, sekaligus menambah pendapatan penduduk setempat.

"Peniaga Night Market diminta menghadiri kursus asas perniagaan yang diselia Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk di Masjid Kampung Baru, Pulau Redang, petang tadi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail,  Ahli Parlimen Setiu, Che Mohamad Zulkifly Jusoh
dan Ahli Dewan Undangan Negeri, Batu Rakit Bazlan Abd Rahman.

Ahmad Razif turut memberitahu, cadangan pembinaan jalan sepanjang 2.5 kilometer yang menghubungkan Pasir Pajang ke perkampungan Pulau Redang akan dipercepatkan.

Katanya, ketika ini penduduk di pulau itu seakan terasing berikutan kehadiran beribu pelancong setiap hari hanya tertumpu di Pasir Panjang, tidak ke perkampungan.

"Keadaan itu dilihat sebagai satu kerugian kerana manfaatnya tidak sampai kepada keseluruhan masyarakat pulau," katanya.

Tag: