Jalur Gemilang
Berita :
11 Negara Sertai Malaysia Open Royal Patron's Cup
11 Negara Sertai Malaysia Open Royal Patron's Cup
Mohd Irsyadi Abu Bakar
2 jam yang lepas
60

KUALA NERUS, 28 Oktober - Negeri Terengganu mencipta sejarah apabila buat julung kalinya, berjaya menganjurkan   Kejohanan Boling Padang Malaysia Open; Royal Patron's Cup 2026 yang menampilkan penyertaan lebih 10 pasukan antarabangsa.

Kejohanan yang berlangsung di Arena Lawn Bowls Kompleks Sukan Negeri Terengganu itu membuka tirai secara rasmi semalam, dengan penglibatan 520 atlet dari Hong Kong China, Kenya, Sri Lanka, Singapura, Filipina, Australia, India, Brunei, Wilayah Utara Australia, New Zealand, pasukan podium kebangsaan serta pasukan-pasukan tempatan.

Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli merasmikan majlis tersebut dengan dihadiri Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO, Hishamuddin Abdul Karim dan Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia, Dato' Awang Abdul Aziz.

Dalam kejohanan selama lima hari itu, sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu perseorangan (Single), berpasangan (Pairs), berpasangan campuran (Mixed Pairs) dan Para berpasangan (Para Pairs).


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan