lightning-solid
Berita :
12,000 Rumah Terima Agihan Kurma Ramadan DUN Tepuh
12,000 Rumah Terima Agihan Kurma Ramadan DUN Tepuh
Muhamad Fazlee Aziz
15 jam yang lepas
50

Oleh : Nurul Natasha Surin

KUALA NERUS, 16 Februari – Sebanyak 12,000 rumah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepuh akan menerima agihan kurma dan takwim sempena Ramadan yang menjadi tradisi tahunan menjelang ketibaan bulan yang mulia ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, pelaksanaan program itu digerakkan melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat bagi memastikan setiap rumah yang berada di bawah jagaan JPKK menerima sumbangan berkenaan secara tersusun dan menyeluruh.

“Penyediaan kurma dan takwim Ramadan bertujuan memudahkan umat Islam membuat persiapan berbuka puasa di samping memastikan ketepatan waktu ibadah sepanjang Ramadan.

“Usaha ini bagi mempermudahkan umat Islam di DUN Tepuh untuk melaksanakan ibadah puasa dengan lebih teratur dan sempurna, sekaligus memantapkan penghayatan ibadah sepanjang bulan Ramadan,” katanya.

b451747d-35da-4cfd-8efb-2e2cfee97a48.jpeg 1.01 MB
Beliau turut berharap inisiatif tersebut membawa keberkatan serta menjadikan Ramadan kali ini lebih bererti dan bermakna buat seluruh masyarakat.


Tag :

Artikel Berkaitan