Menjaga Maslahat Umum Lebih Utama Berbanding Perasaan Malu Pesalah
1,690 Pelajar Terima Bantuan Pakaian Sekolah
Oleh : Nurul Adilatul Akmal Mohd Azaha
MARANG, 11 Februari - Seramai 1,690 pelajar menerima bantuan pakaian sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri sangat prihatin terhadap keperluan rakyat memandang harga barang pada hari ini agak membebankan.
"Pemberian bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban ketua isi rumah," katanya
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Agihan Bantuan Pakaian Sekolah Negeri Terengganu 2022/2023 Peringkat DUN Alur Limbat di Dewan Sivik Banggol Tokku di sini semalam.
Menurut Ariffin, bantuan yang melibatkan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) itu telah bermula tahun lalu dan mengambil masa beberapa bulan sehingga selesai diagihkan.
"Petugas daripada Pusat Khidmat DUN Alur Limbat juga telah dijadualkan untuk turun ke semua komuniti di Alur Limbat untuk melancarkan proses agihan, "katanya.