170 Peniaga Bazar Ramadan Disantuni ADUN Manir

HULU TERENGGANU, 26 Mac - Keceriaan jelas terpancar pada raut wajah 170 peniaga Bazar Ramadan Pasar Manir di sini, apabila menerima kunjungan dan sumbangan kurma serta takwim Ramadan daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Manir, semalam.

Selain itu, program yang turut mendapat kerjasama daripada penganjur bazar, Persatuan Kebajikan Dan Rekreasi Pasar Manir juga mengedarkan apron kepada semua peniaga di pasar ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Dato’ Harun berkata, agihan tersebut bertujuan merapatkan lagi silaturahim antara peniaga dan masyarakat.

"Selain melakukan agihan sumbangan, kita juga turut mengambil peluang untuk beramah mesra dengan peniaga-peniaga di sini yang majoriti daripadanya adalah penduduk di kawasan DUN Manir.

 

"Rata-rata peniaga ditemui menyambut baik program dilaksanakan ini kerana dengan cara ini dilihat mampu menjadi medan mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dengan masyarakat," katanya ketika ditemui pemberita.

Hilmi juga berkata, program sebegini merupakan salah satu acara tahunan yang dianjurkan dan akan diteruskan pada masa akan datang.


Tag: