200 Asnaf Terima Zakat Perniagaan Emas Dimiliki ADUN

BESUT 18Mac –  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut,Azbi Saleh telah melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan memberikan sumbangan zakat dari Kedai Emas Sri Ayu dimilikinya kepada 200 orang golongan asnaf.

Majlis agihan sumbangan tersebu telah diadakan semalam di Masjid Haji Daud, Alor Teratai, dan melibatkan 10 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang terlibat.

Penerima terdiri daripada penduduk Kampung Alor Teratai, Kampung Alor Jejawi, Kampung Tok Saboh, Kampung Sri Kemunting, Kampung Taman Sri Seratus, Kampung Pachakan, Kampung Gertak Seratus, Kampung Kayu Kelat, Kampung Alor Pisang, dan Kampung Taman Tasik. 

Menurut Azbi penerima terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk ibu tunggal, warga emas dan keluarga yang kurang berkemampuan.

"Setiap penerima menerima bantuan kewangan yang diharapkan dapat meringankan beban mereka menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

 “Sumbangan ini adalah salah satu cara untuk kita membantu golongan yang memerlukan. Saya berharap bantuan ini dapat memberikan sedikit kegembiraan dan meringankan beban mereka dalam persiapan menyambut hari raya,"ujarnya.

Tambah beliau, melihatkan penduduk menerimanya dengan perasaan penuh syukur dan memahami ramai yang berharap agar agar lebih banyak inisiatif seperti itu akan terus dilaksanakan pada masa akan datang.

"Semoga majlis seumpama ini akan menggalakkan pelbagai pihak untuk tampil membantu dalam kalangan penduduk setempat serta melahirkan semangat kebersamaan,"ujarnya.