Peserta-peserta memulakan cabaran. |
Acara pelepasan bagi jarak 42 dan 21 kilometer disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah di dataran Batu Burok, di sini tepat jam 12.01 pagi tadi.
Manakala Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Zulkifli Ali membuat pelepasan peserta bagi jarak 12, lapan dan lima kilometer bermula jam 7.00 pagi ini.
LAJSM19 mencatat kejayaan tersendiri dengan berjaya menarik kehadiran lebih 5,000 peserta dari luar Terengganu.
Peserta pertama bagi jarak 42 kilometer tiba di garisan penamat. |
Kemeriahan dan cabaran tahun ini juga berbeza apabila para peserta melalui laluan baharu, Jambatan Angkat sebagai destinasi akhir sebelum menamatkan larian di dataran Batu Burok.
LAJSM19 edisi kali ini menawarkan hadiah keseluruhan RM165,500 buat semua jarak pertandingan.